Pemacu Pembangunan Dalam Menyokong Malaysia MADANI
Platform perkongsian strategik antara pemimpin-pemimpin badan berkanun, agensi kerajaan dan pakar industri bagi membincangkan cabaran semasa, peluang baharu, serta strategi memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus.
Badan-badan berkanun memainkan peranan penting sebagai pemacu pembangunan negara melalui penyediaan perkhidmatan awam yang cekap, telus dan berimpak tinggi. Dalam landskap ekonomi dan sosial yang semakin mencabar, keupayaan badan berkanun untuk beradaptasi, berinovasi dan menyokong dasar-dasar negara adalah semakin kritikal.
Persidangan "Badan Berkanun & Aspirasi Negara: Mencorak Masa Hadapan" ini bertujuan untuk menjadi platform perkongsian strategik antara pemimpin-pemimpin badan berkanun, agensi kerajaan dan pakar industri bagi membincangkan cabaran semasa, peluang baharu, serta strategi memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus.
Menilai peranan strategik badan-badan berkanun dalam landskap pembangunan negara
Membincangkan isu-isu semasa, cabaran, serta keperluan penambahbaikan dasar dan halatuju badan-badan berkanun
Mengupas strategi memperkukuh tadbir urus, kecekapan organisasi dan kualiti penyampaian perkhidmatan awam melalui agenda pendigitalan
Menyediakan platform wacana bersama antara agensi pusat, badan berkanun dan pihak berkepentingan lain
15 Jun 2026 (Isnin) • DoubleTree by Hilton, Putrajaya • 9:00 pagi - 5:00 petang